PENGENALAN

Kepelbagaian biologi pertanian atau agrobiodiversiti mempunyai potensi yang sangat besar dalam menangani tiga daripada cabaran global masa kini iaitu sekuriti makanan, perubahan iklim dan pertanian lestari. Justeru, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran terutamanya di kalangan pembuat dasar dan pemegang taruh tentang kepentingan agrobiodiversiti dan mengenal pasti penyelesaian yang dapat menyumbang kepada pembangunan pengetahuan dan teknologi baharu. Simposium Agrobiodiversiti dan Agropersekitaran (A-BES) 2022 memfokuskan kepada beberapa teras penting seperti cabaran perubahan iklim, pengurusan ekosistem dan kawalan biologi serta pengenalan tanaman alternatif baharu seperti ubian bagi sekuriti makanan. Simposium ini diharapkan dapat memberi peluang kepada cendekiawan agrobiodiversiti di negara ini untuk menonjol dan menilai peranan agrobiodiversiti dalam mendepani cabaran tersebut. Diharapkan A-BES 2022 akan memberi peluang kepada pakar agrobiodiversiti di negara ini untuk menonjolkan dan menilai peranan agrobiodiversiti dan mengenal pasti mekanisme lestari untuk menggunakan kepelbagaian agrobiodiversiti rantau ini dengan potensi sepenuhnya.


OBJEKTIF

Objektif utama simposium ini adalah untuk mewujudkan satu forum perwakilan daripada pelbagai institusi-institusi yang terlibat secara langsung dalam pemuliharaan agrobiodiversiti, perubahan iklim, pengurusan ekosistem dan kawalan biologi untuk bertukar ilmu pengetahuan semasa. Selain itu, ianya juga dapat dijadikan sebagai satu medium jaringan kerjasama sekaligus merangka strategi masa hadapan dalam mendepani cabaran global yang dihadapi semasa ini iaitu sekuriti makanan.


SESI PEMBENTANGAN

  • Sekuriti Makanan dalam Mendepani Cabaran Global
  • Pengurusan Agropersekitaran dalam Mendepani Cabaran Perubahan Iklim
  • Kelestarian Tanaman Ubian untuk Sekuriti Makanan
  • Pengurusan Ekosistem dan Kawalan Biologi untuk Pertanian Lestari

Setiap sesi juga dijangka menyentuh tentang bagaimana dan apa yang telah dan perlu dilakukan dalam menghadapi cabaran sekuriti makanan dan perubahan iklim, penggunaan agen kawalan biologi untuk pertanian lestari dan sumber-sumber alternatif tanaman baharu (contoh ,ubian). Kertas kerja mengenai aspek perundangan dan perspektif dasar berkaitan agrobiodiversiti juga dialu-alukan. Setiap sesi akan didahului dengan ucaptama atau plenari yang akan disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang agrobiodiversiti, perubahan iklim, sekuriti makanan dan perkhidmatan ekosistem atau kawalan biologi.


 SIAPA YANG WAJAR MENYERTAI

  • Kementerian yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang agrobiodiversiti dan agropersekitaran.
  • Jabatan dan agensi pertanian di Malaysia
  • Institusi penyelidikan dan universiti
  • Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) berkaitan dengan bidang agrobiodiversiti dan persekitaran
  • Usahawan, pelajar dan mereka yang berminat mengenai pemuliharaan agrobiodiversiti.

 

TERBUKA KEPADA

  • Kementerian yang terlibat secara langsung atau tidak dalam bidang agrobiodiversiti dan persekitaran.
  • Jabatan dan Agensi Pertanian di Malaysia
  • Institusi Penyelidikan dan Universiti
  • Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) berkaitan dengan bidang agrobiodiversiti dan persekitaran
  • Usahawan, Pelajar dan mereka yang berminat mengenai pemuliharaan agrobiodiversiti

TAJAAN

Syarikat dan institusi berkaitan adalah dijemput untuk pengiklanan di dalam pakej tajaan A-BES 2022 yang ditawarkan.


TEMPAT

https://www.payabungahotel.com/en/location

Hotel Paya Bunga, Jalan Tengku Embong Fatimah, Off Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia