Sukacita dimaklumkan Pertandingan Kreatif Fotografi dan Videografi A-BES 2022 bermula 20 Julai sehingga 7 September 2022 dengan tema 'Eko-agrobiodiversiti untuk semua'.

Maklumat lanjut berkenaan penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati pada capaian di bawah:

PERTANDINGAN KREATIF FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI A-BES 2022

Pengenalan:

Eko-agrobiodiversiti adalah aspek houngan kepelbagaian biologi pertanian dengan persekitarannya. Eko-agrobiodiversiti mempunyai potensi besar untuk menangani tiga cabaran global yang utama iaitu:

  1. Jaminan keselamatan makanan
  2. Pengurusan agrobiodiversiti dalam cabaran perubahan iklim
  3. Penggunaan agen kawalan biologi untuk pertanian lestari

Penggunaan sumber agrobiodiversiti penting untuk mengekalkan kehidupan dan alam sekitar, menghadapi cabaran perubahan iklim dan membasmi kemiskinan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

Objektif pertandingan:

  1. Mencungkil bakat dan kreativiti rakyat Malaysia berkaitan seni fotografi dan videografi di samping
  2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara kelestarian agrobiodiversiti dalam persekitaran bagi menjamin keseimbangan alam secara keseluruhannya.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai dan menangi hadiah menarik yang menanti anda!